Hilangnya permata cilik

Semalam kita dikejutkan dengan berita pemergian bakat cilik yang semakin meningkat naik namanya iaitu Haziq Ikhwan Azeman, 13 atau lebih dikenali sebagai Haziq Messi.

Haziq yang sebelum ini menghidap kanser darah atau dikenali sebagai T Lymphoblastic Lymphomatelah telah disahkan meninggal dunia semalam sekaligus menyaksikan dunia bola sepak Malaysia kehilangan seorang pemain bola sepak cilik yang mempunyai bakat besar.

Haziq yang merupakan finalis Kem Bola Sepak Astro-Barcelona 2016 sebelum ini juga pernah bermain bersama pasukan Tunas Lagenda sewaktu kejohanan Selangor Grassroots League 2017.

Beliau juga merupakan antara 16 pemain daripada Malaysia, Filipina serta Singapura yang terpilih untuk mengikuti latihan di Barcelona, Sepanyol pada tahun 2016.

Sebelum ini beberapa pasukan yang bermain di Selangor Champions League seperti Kajang AZS FC serta Cheras Raptors FC turut hadir dan melawat adik Haziq sewaktu beliau dirawat di Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM).

Pasukan Kajang AZS FC melawat adik Haziq sewaktu beliau dalam rawatan. Credit: Khairul Anuar

Kami dari Football Selangor akan mengadakan sesi bertafakur selama seminit sebelum perlawanan minggu ke-9 Selangor Champions League 2018 bermula pada minggu ini bagi menghormati pemergian beliau.

Leave a Reply