
Ramalan Khas Dari Inikan Bola Untuk Minggu ke-8 SCL2018
Banting Naga vs Gombak FC
Banting Naga tewas di tangan MPKJ The Lions pada perlawanan minggu lalu dan sudah pasti mereka mahu bangkit bagi memperbaiki kedudukan di dalam carta kumpulan A. Manakala Gombak FC pula makan besar minggu lalu dimana mereka menewaskan PJH dengan keputusan 6-0.
Peluang kedua-dua pasukan untuk mara ke peringkat suku akhir sudahpun tertutup. Namun saya berpendapat kedua-dua pasukan bakal mempamerkan aksi terbaik mereka.
Ramalan Saya: Banting Naga 2-2 Gombak FC
Subang City FC vs KRU Port Klang FC
KRU Port Klang sudahpun mengesahkan kemaraan mereka ke peringkat suku akhir dimana mereka ketika ini menduduki tangga kedua kumpulan B sementara Subang City pula hanya menduduki tangga ke-6.
Saya berpendapat KRU bakal mengutip tiga mata penuh dan menhukuhkan lagi kedudukan mereka di tangga kedua.
Ramalan Saya: KRU Port Klang 3-0 Subang City
CABJ vs Duta Zxiv
Duta ZXIV merupakan satu lagi pasukan yang telah mengesahkan kemaraan ke peringkat suku akhir daripada kumpulan B. CABJ pula ketika ini menghuni tangga ke-7 dan mereka berjaya mencatat satu mata pada perlawanan minggu lalu ketika bertemu Cheras Raptors.
Saya merasakan Duta tidak akan menghadapi masalah untuk mencatat kemenangan memandangkan barisan serangan mereka yang diisi oleh Medina Mbeguerre dan Jauqe Faye terlalu ampuh.
Ramalan Saya: Duta ZXIV 3-1 CABJ
Klang Southern vs ABMK
Southern menghadapi misi hidup dan mati dimana mereka wajib menewaskan ABMK dengan jaringan yang besar sambal mengharapkan Puchong Fuerza menewaskan MPKJ The Lions.
Ketika ini Southern menduduki tangga kelima kumpulan A dengan kutipan 8 mata manakala MPKJ berad di tangga ke-4 dengan kutipan 11 mata. Saya berpendapat perlawanan ini akan menjadi satu perlawanan yang menarik.
Ramalan Saya: Klang Southern 2-3 ABMK
Puchong Fuerza vs MPKJ The Lions
Kedudukan MPKJ The Lions masih belum selamat dimana ada Klang Southern yang boleh merampas slot mereka untuk ke peringkat suku akhir.
MPKJ hanya perlu mencatat keputusan seri pada perlawanan Ahad ini dan slot ke suku akhir sah menjadi milik mereka.
Ramalan Saya: Puchong Fuerza 2-2 MPKJ The Lions
KV United vs Gombak Hypernova
Kedua-dua pasukan kini menghuni tangga bawahan kumpulan B dan perlawanan pada Ahad nanti menjadi sekadar pelengkap jadual perlawanan kedua-dua pasukan.
Ramalan Saya: KV United 1-2 Gombak Hypernova
Kajang AZS FC vs Cheras Raptors
Satu lagi perlawanan penting dimana pemenang akan layak untuk beraksi dalam peringkat suku akhir. Namun, keadaan sedikit berbeza bagi Cheras Raptors.
Cheras perlu menjaringkan tiga gol tanpa balas jika mereka mahu memotong Kajang yang ketika ini menduduki tangga keempat kumplan B dengan kutipan 13 mata. Raptors pula menduduki tangga kelima dengan kutipan 10 mata.
Ramalan Saya: Cheras Raptors 3-0 Kajang AZS