Ramalan Khas Dari Inikan Bola Untuk Minggu ke-5 SCL2018

Gombak FC vs MPKJ The Lions

Setelah mencatat kejutan dengan menewaskan Puchong Fuerza pada perlawanan minggu pertama, Gombak masih lagi tercari-cari rentak dimana mereka masih lagi gagal untuk mencatat sebarang kemenangan.

Prestasi tidak menentu juga dialami oleh lawan mereka iaitu MPJK The Lions dimana mereka masih lagi gagal mencatat sebarang kemenangan dalam kumpulan A. Satu perlawanan yang sengit namun saya menjangkakan Gombak akan mendapatkan tiga mata hujung minggu ini.

Ramalan saya: Gombak FC 1- 0 MPKJ The Lions

 

Cheras Raptors vs Duta ZXIV

Perlawanan yang diibaratkan sebagai “match of the week” bagi minggu kelima SCL 2018. Cheras Raptors masih gah dengan rekod tanpa kalah mereka setakat ini manakala ZXIV pula sedang mendahhului kumpulan B dengan kelebihan empat mata di atas lawan mereka.

Menarik untuk kita saksikan bagaimana benteng pertahanan Raptors akan menahan segala asakan daripada Jacque Faye dan Meddina Mbeguere dan bagaimana Amares Sigh mengawal jentera tengah pasukan Raptors.

Ramalan saya:Cheras Raptors 2-1 Duta ZXIV

 

KRU Port Klang FC vs Gombak Hypernova FC

KRU Port Klang masih lagi mengekalkan rekod tanpa kalah mereka apabila mencatat keputusan seri minggu lalu.  Berbeza dengan lawan mereka iaitu Hypernova yang masih lagi tercari-cari kemenangan sulung dalam siangan SCL 2018.

Saya berpendapat KRU mampu mencatat kemenangan dalam perlawanan ini. Namun mereka tidak boleh mengambil mudah cabaran Hypernova dimana pasukan ini mampu untuk membuat comeback pada saat akhir.

Ramalan saya: KRU Port Klang 2-0 Gombak Hypernova

 

 

Klang Southern vs Banting Naga FC

Klang Southern masih lagi kekal menerahui kumpulan A dimana mereka juga masih belum merasai sebarang kekalahan. Banting Naga FC pual berada di tangga keenam dengan hanya mengutip satu kemenangan setakat ini.

Melihat kepada pestasi semasa Southern, saya berpendapat Naga bakal berdepan cabaran yang sukar untuk mendapatkan keputusan positif.

Ramalan saya: Klang Southern 2-1 Banting Naga FC

 

Paya Jaras Hiliran FC vs Axis O2 PJ FC

Juara edisi tahun lalu, Axis O2 masih lagi berada di kelompok pertengahan kumpulan A manakala lawan mereka pula, PJH FC masih lagi menghuni tangga tercorot.

Penyerang Axis, Desmond Amadi Apaoma yang kembali menemukan rentak cemerlang beliau sudah pasti akan menjadi harapan utama Axis untuk mencatat tiga mata.

Ramalan saya: Axis O2 PJ FC 3-1 PJH FC

 

Subang City FC vs NPNG Damansara Damai FC

NPNG Damansara Damai ketika ini berkongsi kedudukan pendahulu kumpulan B Bersama pasukan Duta ZXIV manakala Subang City pula menduduki tangga keenam.  Jika kita melihat kepada prestasi semasa, maka Subang memiliki kelebihan kerana mereka mencatat kemenangan manakala NPNG hanya sekadar seri.

Namun, kualiti barisna pemain yang dimiliki oleh NPNG membuatkan mereka menjadi pilihan dalam perlawanan ini.

Ramalan saya: Subang Cty FC 01- NPNG Damansara Damai

 

Klang Valley United vs CABJ FC

Kedua-dua pasukan masih lagi tercari-cari kemenangan sulung dalam saingan SCL 2018. Kedua-dua pasukan masing-masing mempunyai satu mata dalam kumpulan B.

Saya menjangkakan perlawanan yang seimbang kerana kedua-dua pasukan sepertinya masih lagi dalam proses untuk mencari rentak sebenar mereka.

KV United 1-1 CABJ FC

Leave a Reply