Separuh akhir sasaran MPKJ FC

Setelah mempamerkan aksi cemerlang di peringkat kelayakan, pasukan daripada Kajang iaitu MPKJ FC kini mensasarkan mereka sekurang-kurangnya berjaya menjejakkan kaki ke peringkat separuh akhir Selangor Champions League 2018.

“Untuk musim ini kami mensasarkan kedudukan empat terbaik iaitu separuh akhir oleh itu saya berharap pasukan saya mampu untuk bermain hingga mencapai sasaran,” ujar Fariq Bahili selaku pengurus pasukan.

MPKJ kini giat melakukan persiapan rapi dengan mengadakan latihan yang lebih kerap serta mengadakan perlawanan persahabatan kerana mereka sudah menjangkakan cabaran yang sengit akan diberikan pasukan lain.

“Kami tidak menganggap kami merupakan pasukan pilihan juara dan apa yang penting untuk kami adalah mengekalkan momentum serta meningkatkan prestasi untuk mengutip 3 mata penuh ,” tambahnya lagi.

Ini merupakan kali pertama MPKJ FC bersaing di kancah SCL. Mereka layak selepas menjuarai kumpulan A pusingan kelayakan SCL2108 serta menang perlawanan seterusnya menewaskan Glorykops UFC.

Sudah pasti MPKJ FC tidak sabar untuk bermain dan juga sudah pasti para penyokong mereka tidak sabar menyaksikan persembahan yang akan mereka pamerkan.

Leave a Reply