
Rangkuman Minggu Kelima SCL2019 – “Comeback is Real”
Minggu kelima menyaksikan beberapa perlawanan yang membuktikan “comeback” bukan lah satu perkara yang mustahil. Perlawanan yang menyaksikan beberapa pasukan berjaya membawa pulang tiga mata meskipun gawang mereka dibolosi terlebih dahulu. NPNG FC Damansara Damai, SA PIB FC, MBSA FC dan Kingstown Klang FC membuktikan mereka pasukan yang lebih baik dengan membawa pulang kemenangan meskipun ketinggalan jaringan.
Yang turut menjadi tumpuan ialah kehadiran semula Huzaini Ikhram dari SA PIB FC yang tidak dapat diturunkan dalam 4 minggu pertama saingan SCL2019 kerana kecederaan. Kemasukan Huzaini Ikhram pada minit ke 47 memberi impak yang sangat besar apabila mereka ketinggalan di separuh masa pertama menentang Bangi Jang’s Trooper FC. 4 gol terhasil apabila Huzaini Ikhram dimasukkan sebagai pemain gentian dan yang lebih menariknya 2 gol yang terhasil daripada pemain ini dan turut menjadi menjadi bantuan gol kepada salah satu gol yang terhasil.
Berikut merupakan keputusan penuh perlawanan minggu kelima SCL2019
KUALA SELANGOR BATU DUA FC 2 – 0 SA AZE FC
NPNG FC DAMANSARA DAMAI 2 – 1 BELIA SELANGOR
MPKJ FC 2 – 1 SLB UP FC
SA PIB FC 4 – 1 BANGI JANG’S TROOPER FC
MBSA FC 3 – 2 SUBANG PROTAP II FC
CYBERJAYA TELEFLOW FC 0 – 2 PUCHONG FUERZA GAMESTOP FC
GOMBAK RRM FC UNLIMITED 1 – 3 KINGSTOWN KLANG FC
BUKIT KAPAR FC 1 – 2 SA KLASIKO FC