
Rangkuman Minggu Keempat SCL2019 – Puchong Fuerza Gamestop Rampas Takhta Kumpulan A
Minggu keempat menyaksikan semua pasukan sudah mula meningkatkan intensiti permainan bagi merancakkan perebutan mata kerana SCL2019 sudah melepasi separuh saingan di peringkat kumpulan.
Antara yang mula menunjukkan belang adalah pemain import pasukan Puchong Fuerza Gamestop FC Kwofie Hans menjaringkan hatrik sekaligus membantu pasukannya membenam pasukan Kuala Selangor Batu Dua FC dengan jaringan 4 – 0 yang turut meletakkan Puchong Fuerza Gamestop FC merampas kedudukan takhta liga dari Kuala Selangor Batu Dua FC.
Terdapat perlawanan yang terpaksa ditunda akibat cuaca buruk iaitu perlawanan di antara pasukan Belia Selangor menentang MBSA FC yang dihentikan pada mini ke 10 perlawanan dan telah digantikan pada hari Rabu 23 Oktober 2019 yang berkesudahan dengan MBSA FC membawa pulang 3 mata hasil dari kesilapan pemain pertahanan Belia Selangor yang menghasilkan gol sendiri di minit-minit akhir perlawanan.
Berikut merupakan keputusan penuh perlawanan minggu keempat SCL2019
Bangi Jang’s Trooper 0 – 0 Gombak RRM FC Unlimited
Belia Selangor 0 – 1 MBSA FC
Kingstown Klang FC 1 – 0 Cyberjaya Teleflow FC
Subang Protap FC 2 – 3 Bukit Kapar FC
Puchong Fuerza Gamestop FC 4 – 0 Kuala Selangor Batu Dua FC
SA Klasiko FC 0 – 0 MPKj FC
SA Aze FC 1 – 2 SA PIB FC
Sg Lang Baru UP FC 0 – 3 NPNG FC Damansara Damai