Rangkuman Minggu Ketiga SCL2019

Perlawanan minggu ketiga Selangor Champions League 2019 dihidangkan dengan kejutan-kejutan yang berlaku di penghujung perlawanan. MBSA FC, SA Klasiko FC dan Kuala Selangor Batu Dua FC masing-masing membawa pulang 3 mata melalui jaringan kemenangan di penghujung perlawanan. Namun lain pula cerita pada perlawanan penutup bagi minggu ketiga SCL2019 yang menyaksikan pasukan Bangi Jang’s Trooper dan Cyberjaya Teleflow FC bukan sahaja pulang hampa dengan berkongsi satu mata, malahan bertambah malang apabila pemain dari kedua-dua pasukan dilayangkan kad merah di minit-minit akhir perlawanan akibat berlaku insiden yang tidak diingini.

Lain pula cerita bagi dua perlawanan yang berkesudahan 3-0 iaitu perlawanan di antara Juara bertahan Selangor Champions League 2018 yang menundukkan pasukan Kingstown Klang yang dibarisi pemain-pemain bintang yang dijinakkan Sang Buaya dan turut bergembira pasukan MPKj FC yang meneruskan rekod kemenangan apabila menumpaskan pasukan Subang Protap II FC tanpa bolos.

Berikut merupakan keputusan penuh perlwanan bagi minggu ketiga SCL2019

Bukit Kapar FC 2 – 3 MBSA FC

Puchong Fuerza Gamestop FC 3 – 0 Kingstown Klang FC

NPNG FC Damansara Damai 1 – 2 SA Klasiko FC

Gombak RRM FC Unlimited 2 – 0 SA AZE FC

Belia Selangor 0 – 0 SLB UP FC

SA PIB FC 0 – 1 Kuala Selangor Batu Dua FC

MPKj FC 3 – 0  Subang Protap II FC

Cyberjaya Teleflow FC 0 – 0 Bangi Jang’s Trooper

 

Dan berikut merupakan jadual perlawanan bagi minggu keempat saingan SCL2019

BANGI JANG’S TROOPER FC vs GOMBAK RRM FC UNLIMITED

BELIA SELANGOR vs MBSA FC

KINGSTOWN KLANG FC vs CYBERJAYA TELEFLOW FC

SUBANG PROTAP II FC vs BUKIT KAPAR FC

PUCHONG FUERZA GAMESTOP FC vs KUALA SELANGOR BATU DUA FC

SA KLASIKO FC vs MPKJ FC

SA AZE FC vs SA PIB FC

SLB UP FC vs NPNG FC DAMANSARA DAMAI

Leave a Reply