PREVIU MINGGU KETIGA SCL2019

Saingan Selangor Champions League 2019 telah memasuki minggu ketiga penganjurannya. Perebutan mata semakin sengit menyaksikan pasukan-pasukan gergasi sudah mula melebarkan sayap penguasaan mereka di dalam kumpulan masing-masing.

Dua perlawanan yang menjadi tumpuan minggu ini adalah perlawanan antara pasukan-pasukan yang mempunyai reputasi yang tersendiri.

Perlawanan kedua hari Sabtu menyaksikan Juara bertahan SCL2018 Puchong Fuerza Gamestop FC menentang pasukan yang menghimpunkan ramai bekas pemain professional iaitu Kingstown Klang FC.

Selain itu, perlawanan antara NPNG FC Damansara Damai menentang SA Klasiko FC pastinya menjadi tumpuan pengikut-pengikut SA Klasiko FC yang rata-ratanya golongan muda yang aktif di media sosial. Segala informasi berkaitan pasukan SA Klasiko FC pastinya menjadi bualan hangat di kalangan pengguna di alam maya.

Dan berikut merupakan jadual penuh perlawanan bagi minggu ke-3 Selangor Champions League 2019

 

SABTU 12/10/2019

BUKIT KAPAR FC menentang MBSA FC

PUCHONG FUERZA GAMESTOP FC menentang N KINGSTOWN KLANG FC

NPNG FC DAMANSARA DAMAI menentang SA KLASIKO FC

GOMBAK RRM FC UNLIMITED menentang SA AZE FC

 

AHAD 13/10/2019

BELIA SELANGOR menentang SLB UP FC

SA PIB FC menentang KUALA SELANGOR BATU DUA FC

MPKJ FC menentang SUBANG PROTAP II FC

CYBERJAYA TELEFLOW FC menentang BANGI JANG’S TROOPER FC

Leave a Reply