
Rangkuman Minggu Kedua SCL2019 – 3 Mata untuk NPNG, TELEFLOW dan MPKj
Rangkuman Minggu ke-2 Selangor Champions League 2019
NPNG FC Damansara Damai membuka saingan minggu kedua SCL2019 dengan kemenangan besar ke atas Subang Protap II FC dengan 4 jaringan berbalas 0 dan sekaligus melupakan kelukaan kekalahan mengejut di tangan MBSA FC pada minggu pertama. Jaringan NPNG FC Damansara Damai disumbangkan oleh Patrick Asare dan hatrik dari Umar Etudayeabdulmajid. Pemain terbaik perlawanan dimenangi oleh Umar Etudayeabdulmajid.
Cyberjaya Teleflow FC turut berjaya membawa pulang 3 mata penuh pertama dalam saingan SCL2019 apabila jaringan pembukaan dari Salihan Jamil di minit ke-14 bersama jaringan Amirul Yamin pada minit ke-51 perlawanan dan menambah derita SA AZE FC dengan jaringan di masa kecederaan di hujung perlawanan apabila ketua pasukan Cyberjaya Teleflow FC melakukan hantaran di dalam kawasan penalti SA AZE FC dan malangnya tertampan masuk ke dalam gawang sendiri oleh pemain pertahanan SA AZE FC. Pemain terbaik perlawanan dimenangi oleh Hakeem Badri.
Pertembungan antara dua pasukan Majlis Perbandaran yang mewakili daerah Shah Alam dan Kajang berkesudahan dengan kemenangan tipis berpihak kepada MPKj FC dengan jaringan di awal perlawanan oleh Ayakhaire Daniel dan perlawanan yang sengit menyaksikan kedua-dua pasukan saling berbalas serangan namun pasukan MBSA FC yang menewaskan pasukan NPNG FC Damansara Damai pada minggu pertama terpaksa pulang hampa tanpa sebarang mata. Pemain terbaik perlawanan dimenangi oleh Aiyakhaire Daniel.
Berikut merupakan rangkuman penuh keputusan perlawanan minggu ke-2 Selangor Champions League 2019.
Subang Protap II FC 0 – 4 NPNG FC Damansara Damai
SA AZE FC 0 – 3 Cyberjaya Teleflow FC
MBSA FC 0 – 1 MPKj FC
SA PIB FC 1 – 1 Puchong Fuerza Gamestop FC
SA Klasiko FC 5 – 0 SLB UP FC
Bangi Jang’s Trooper FC 1 – 2 Kingstown Klang FC
Bukit Kapar FC 2 – 0 Belia Selangor
Kuala Selangor Batu Dua FC 4 – 0 Gombak RRM FC Unlimited
Dan berikut merupakan jadual perlawanan bagi minggu ke-3 Selangor Champions League 2019
BUKIT KAPAR FC menentang MBSA FC
PUCHONG FUERZA GAMESTOP FC menentang N KINGSTOWN KLANG FC
NPNG FC DAMANSARA DAMAI menentang SA KLASIKO FC
GOMBAK RRM FC UNLIMITED menentang SA AZE FC
BELIA SELANGOR menentang SLB UP FC
SA PIB FC menentang KUALA SELANGOR BATU DUA FC
MPKJ FC menentang SUBANG PROTAP II FC
CYBERJAYA TELEFLOW FC menentang BANGI JANG’S TROOPER FC