Pusingan Kelayakan: The Final 8

Pusingan Kelayakan Selangor Champions League 2019 kini telah tiba di kemuncaknya. 8 pasukan terakhir bakal berhempas pulas di perlawanan terakhir bagi merebut empat slot berharga bagi melayakkan diri berada di dalam liga amatur paling berprestij di Selangor yang akan meniupkan wiselnya pada 21 September 2019.

Perlawanan pertama adalah di slot 9.30 malam padang Eco Ardence A menyaksikan KL Gators yang menewaskan Klang United bertemu SLB Up yang memenangi pertempuran sehingga ke penentuan sepakan penalti bagi mengatasi Akademi Bomba.

Perlawanan kedua dengan waktu sepak mula yang sama berlangsung di Padang Eco Ardence B di antara Klasiko FC yang membenam Putra Kapar FC bertemu Kenali Yakin yang menumpaskan SS Putra FC di pusingan pertama.

Jam 11.00 malam bakal berlangsungnya perlawanan ketiga di Padang Eco Ardence A di antara Jang’s Trooper yang menghentikan langkah kemaraan Naib Juara SCL2018 KRU FC bertemu dengan Bukit Kapar FC yang mengenepikan PMT FC.

Perlawanan terakhir jam 11.00 malam di Padang Eco Ardence B menyaksikan Kingstow Klang bertemu Bunga Raya FC yang dicabar kuat oleh lawan masing-masing di pusingan pertama pusingan kalah mati.

Saksikan siaran langsung bagi keempat-empat perlawanan di Facebook Football Selangor pada Sabtu ini.

Leave a Reply