Pusingan pertama “Knockout Round” SCL2019

Sebanyak 32 pasukan yang telah bersaing selama 3 minggu bagi merebut 16 slot ke pusingan kalah mati Playoff Selangor Champions League 2019. Minggu ketiga perlawanan peringkat kumpulan menyaksikan persaingan yang sengit apabila semua pasukan bermain sepenuh tenaga bagi membuktikan kekuatan pasukan masing-masing di atas padang. Ada pasukan yang bersaing merebut tempat untuk mara dan ada juga pasukan yang bermain demi maruah untuk mendapatkan mata dan kemenangan sebagai rekod sebelum pusingan kelayakan SCL2019 tamat.

16 pasukan yang telah diketahui termasuk Naib Juara Selangor Champions League 2018 iaitu KRU FC. Di dalam braket pertama pusingan kalah mati pusingan pertama menyaksikan persaingan Juara Kumpulan A KL Gators FC bertemu Naib Juara Kumpulan B Klang United FC dan di dalam braket yang sama yang bakal bertemu di Pusingan Kedua pusingan kalah mati ialah SLB Up FC Juara Kumpulan D dan Naib Juara Kumpulan C Akademi Bomba FC.

Braket kedua pula merupakan pertembungan di antara Klasiko FC yang menjuarai Kumpulan G bertemu Putra Kapar FC yang berada di tempat kedua Kumpulan H yang hanya dipisahkan satu mata dengan PMT FC Juara Kumpulan H. Bakal bertemu dengan Kenali Yakin FC pendahulu Kumpulan F yang bersaing bersama SS Putra FC di tempat kedua Kumpulan E.

Braket ke 3 pertemuan di antara KRU FC Juara Kumpulan E yang juga merupakan Naib Juara Selangor Champions League 2018 dengan Jang’s Trooper di tempat kedua Kumpulan F. PMT FC Juara Kumpulan H yang bakal bertemu dengan Bukit Kapar FC Naib Juara Kumpulan G yang layak menyertai pusingan kelayakan Selangor Champions League 2019 melalui slot Liga Joma FAS 2018.

Braket terakhir iaitu braket ke 4 yang diisi oleh pasukan Kingstown Klang di kedudukan pertama Kumpulan C dengan rekod tanpa kalah sebanyak 3 perlawanan peringkat kumpulan yang bertemu Gombak FA-GP yang hanya tewas sekali di dalam Kumpulan D 3 mata di bawah Juara Kumpulan D SLB Up FC. Bunga Raya FC Juara Kumpulan B bertemu MIB FC melengkapkan senarai 8 perlawanan yang diisi oleh 16 buah pasukan yang layak.

Siapakah yang bakal ke pusingan kedua “Knockout Round” SCL2019 bagi merebut 4 slot berharga ke Selangor Champions League musim 2019 edisi ke 4 penganjurannya. Sama-sama kita nantikan 24 dan 25 Ogos ini.

Leave a Reply