RANGKUMAN MINGGU KE 2 PREVIU MINGGU KE 3 SCL2019 PLAYOFF – BAHAGIAN 2

Mata yang sama, jumlah jaringan yang sama, jumlah bolos yang sama. Hanya perbezaan abjad sahaja yang meletakkan KRU FC berada di atas SS Putra FC dan yang lebih menariknya adalah dua pasukan ini bertemu sesaama sendiri bagi membuktikan siapa yang lebih layak mara ke pusingan seterusnya sebagai pendahulu carta kumpulan kumpulan E.

Jang’s Trooper harus berusaha untuk mengatasi Kenali Yakin dalam perlawanan terakhir bagi mengelakkan pasukan mereka dihimpit oleh Kelana United sekiranya Kelana United menewaskan CNA FC dengan jumlah jaringan yang besar. Tiada yang mustahil di dalam bolasepak.

Klasiko FC nampaknya menjadi pasukan pilihan bagi menerajui kumpulan G dengan rekod tanpa kalah selepas dua perlawanan dan bakal bertemu dengan pasukan SZB Kepong FC yang hanya berjawa mengutip satu mata setelah dua perlawanan selepas hanya berjaya seri dengan UM FC dan tewas di tangan Bukit Kapar FC. Bukit Kapar FC dengan misi wajib menang kerana sekiranya UM FC menewaskan mereka, Bukit Kapar FC bakal melonjak ke tangga kedua kumpulan dengan kutipan mata sebanyak 4 mata.

Persaingan bagi kumpulan H juga menyaksikan perebutan tempat kedua dalam kumpulan masih lagi terbuka dan belum dapat diagak kerana PMT FC yang hendak mengekalkan rekod tanpa kalah mereka yang bakal menyusahkan pasukan GCartel-Help Uni FC sekiranya pasukan Putra Kapar FC menumpaskan GTB FC. Perbezaan jaringan antara pasukan GCartel-Help Uni FC dan Putra Kapar FC hanya dipisahkan satu gol sahaja.

Persaingan dalam pusingan kalah mati bakal menyaksikan pertembungan bersilang antara pasukan. Persilangan akan berlangsung antara juara dan naib juara setiap kumpulan bersaing dengan kumpulan seterusnya mengikut abjad. Secara lebih terperinci adalah Juara Kumpulan A akan bertemu Naib Juara Kumpulan B dan Juara Kumpulan B bakal bertemu Naib Juara Kumpulan A. Begitulah seterusnya bagi Kumpulan C dan D, E dan F, G dan H. Bagi gambaran yang lebih jelas, kami akan sertakan poster berbentuk visual yang lebih jelas dalam masa terdekat.

Leave a Reply