RANGKUMAN MINGGU KE 2 DAN PREVIU MINGGU KE 3 SCL2019 PLAYOFF – BAHAGIAN 1

Hadir dengan format berbeza berbanding Pusingan Kelayakan Selangor Champions League 2018 di mana hanya juara setiap kumpulan yang akan mara ke pusingan kalah mati bagi merebut 4 slot ke Selangor Champions League, SCL2019 kali ini dipinda ke format terkini dengan pembaharuan yang telah dilakukan menjadikan dua pasukan teratas setiap kumpulan akan mara ke pusingan kalah mati. Format baru ini dilaksanakan bagi membawa persaingan di peringkat kumpulan menjadi lebih sengit sehingga ke perlawanan terakhir.

Meskipun ada beberapa pasukan yang unggul dengan rekod tanpa kalah setelah dua minggu pusingan kelayakan SCL2019 berlangsung, namun persaingan bagi merebut tempat ke pusingan seterusnya masih lagi terbuka luas dalam perebutan tempat kedua di dalam setiap pasukan. Ada juga pasukan yang mampu untuk melonjak ke tangga teratas kumpulan sekiranya berjaya membawa pulang tiga mata bagi perlawanan terakhir peringkat kumpulan iaitu perlawanan minggu ketiga Pusingan Kelayakan SCL2019 yang akan berlangsung pada 17 dan 18 Ogos ini.

Persaingan menarik dalam kumpulan A menyaksikan petembungan merebut tangga teratas di antara KL Gators dan MIB FC dan sekiranya MIB FC tewas, peluang terbuka kepada pasukan Setia Alam FC sekiranya berjaya menewaskan Ansara Kota Bharu namun Setia Alam FC memerlukan jaringan yang besar untuk memintas MIB FC yang berada di tempat kedua.

Bagi kumpulan B pula, persaingan hanya tertumpu pada dua pasukan teratas kumpulan yang berkongsi enam mata yang hanya dipisahkan dengan perbezaan satu jaringan dan perlawanan terakhir di antara Bunga Raya FC dan Klang United FC akan menentukan kedudukan teratas kumpulan B. Kita nantikan pasukan mana yang bakal mengekalkan rekod tanpa kalah dalam pusingan Kelayakan SCL2019 ini.

Kingstown Klang dan Akademi Bomba juga turut akan bertembung bagi menentukan pasukan yang bakal berada di kedudukan pendahulu kumpulan C samada Kingstown Klang terus menerajui kumpulan C ataupun dipintas di selekoh terakhir peringkat kumpulan.

Sedang Gombak FA-GP yang berentap dengan Innochem FC bagi merebut kedudukan kedua dalam kumpulan D, pendahulu kumpulan D tampak agak selesa untuk mengekalkan kedudukan teratas kumpulan apabila dijadualkan bertemu Andersonnians FC yang berada di kedudukan tercorot pasukan. Namun apa-apa boleh terjadi di dalam permainan bolasepak. Sekiranya SLB UP FC yang berada di atas tewas kepada Andersonnians FC, peluang bagi Gombak FA-GP dan Innochem FC menerajui pasukan D terbuka dengan syarat mempunyai perbezaan jaringan yang lebih tinggi berbanding SLB UP FC.

Sambungan di artikel seterusnya.

Leave a Reply