Kajang AZS vs KRU Port Klang

Perlawanan diantara kedua-dua pasukan ini menarik perhatian saya kerana ini adalah perlawanan diantara pasukan yang beraksi sebagai satu unit yang baik menentang pasukan yang mengharapkan dua pemain sahaja membawa cabaran pasukan.

KRU sudah pasti mengharapkan kecemerlangan ketua pasukan, Latiff Taib dan penyerang, Rosedy Muslim. Bagi Kajang pula, Mido dan juga Phillip Abbah akan menjadi harapan utama pasukan untuk mengkucar-kacirkan benteng pertahanan lawan.

Saya meramalkan KRU akan memenangi perlawanan ini kerana mereka dilihat mempunyai kelebihan dari segala aspek bermula dari bahagian pertahanan sehingga bahagian serangan berbanding lawan mereka yang hanya tertumpu di bahagian serangan.

Ramalan saya: KRU Port Klang 2-1 Kajang AZS

 

NPNG Damansara Damai FC vs Puchong Fuerza

Dua pasukan terkuat dalam saingan Selangor Champions League musim 2018 bakal bertembung di peringkat separuh akhir.

Sejujurnya sukar untuk saya memilih pemenang dalam perlawanan ini kerana kedua-dua pasukan mempunyai kelebihan dan juga kemampuan tersendiri.

Di bahagian serangan, NPNG dan Puchong sama hebat dimana mereka akan Ridhwan Johan dan Afiq Azmi.

Di bahagian tengah pula, Luqman Noor Hakim dan Norismaidham bakal berentap manakala di bahagian pertahanan pula kita bakal disajikan dengan Aznorayll dan Syazwan Rani yang cuba untuk mematahkan gerakan serangan lawan.

Meskipun sukar, namun saya harus memilih pemenang di sini dan saya meramalkan NPNG akan muncul sebagai pemenang.

Ramalan saya: NPNG Damansara Damai FC 2-1 Puchong Fuerza

Leave a Reply