Puchong Fuerza vs Duta ZXIV

Sukar untuk saya meramalkan keputusan daripada perlawanan diantara kedua-dua pasukan ini kerana mereka mempunyai kelebihan dan juga kekuatan yang tersendiri. Duta dan Puchong sama-sama mempunyai barisan serangan dan juga bahagian tengah yang sangat baik.

Saya meramalkan perlawanan ini akan berlangsung dengan sengit namun Puchong akan muncul sebagai pemenang kerana keseimbangam yang dimiliki oleh mereka.

Ramalan saya: Puchong Fuerza 2-1

KRU Port Klang vs Axis O2 PJ FC

Dua senjata utama, Rosedy Muslim dan Desmond Amadi bakal menjadi taruhan utama apabila KRU berentap menentang juara bertahan, Axis O2. Pertembungan di bahagian tengah juga menarik dimana Adli Zulgafli akan bertemu Latiff Taib.

Saya berpendapat Axis bakal memenangi perlawanan ini kerana mereka beraksi dengan lebih berdisiplin dan juga teratur.

Ramalan saya: KRU Port Klang 2:3 Axis O2 PJ FC

ABMK vs Kajang AZS

ABMK merupakan salah satu pasukan yang mengejutkan saya kerana mereka beraksi dalam saingan Selangor Champions League 2018 melalui pusingan playoff.

Bertemu Kajang AZS di peringkat suku akhir, saya berpendapat ABMK bakal muncul sebagai pemenang kerana mereka lebih baik di setiap posisi berbanding Kajang yang dilihat terlalu bergantung kepada penyerang import mereka iaitu Phillip Abbah.

Ramalan saya: ABMK 3:1 Kajang AZS

NPNG Damansara Damai FC vs MPKJ The Lions

NPNG merupakan salah satu pasukan yang menjadi pilihan saya untuk muncul sebagai juara dalam saingan SCL musim ini kerana aksi mereka yang konsisten sepanjang perlawanan peringkat kumpulan.

Saya merasakan mereka tidak akan berdepan sebarang masalah apabila turun menentang MPKJ kerana NPNG nyata lebih dominan berbanding lawan mereka.

Ramalan saya: NPNG 2:0 MPKJ

Leave a Reply