Juara Kumpulan B, NPNG FC Damansara Damai akan menentang pasukan MPKJ The Lions pada perlawanan suku akhir terakhir SCL2018.

NPNG merupakan juara kumpulan B dengan 20 mata manakala MPKj The Lions di tempat ke-4 dengan 12 mata.

NPNG mencatat 6 kemenangan serta 2 seri dan tidak mencatat sebarang kekalahan. Manakala MPKj pula Berjaya memenangi 3 perlawanan, seri 3 perlawanan dan tewas 1 perlawanan.

Sebanyak 20 gol telah dijaringkan oleh NPNG dan hanya 4 gol dilepaskan. MPKj pula menjaringkan 10 gol dan melepaskan 6 gol.

Ini merupakan situasi yang bahaya kepada MPKj kerana seperti yang kita dapat lihat, NPNG telah mencetak 20 gol daripada 8 perlawanan. Puratanya mereka Berjaya menjaringkan sekurang-kurangnya 2 gol dalam satu perlawanan.

Seperti ABMK, NPNG juga mempunyai ramai pemain yang mampu menjaringkan gol. Selain daripada penyerang mereka, Ridhwan Johan yang menjaringkan 5 gol, mereka juga mempunyai Lukhman Noor yang mampu untuk menghasilkan gol jarak jauh. Pemain muda mereka, Haiqal Johari juga mampu untuk menghasilkan gol apabila diperlukan.

Berkata mengenai Lukhman Noor, pemain ini perlu diberikan lebih banyak perhatian kerana banyak jaringan yang dihasilkan berpunca daripada beliau. Jadi mungkin dengan mematikan pergerakan beliau akan mematikan permainan NPNG.

MPKj pula banyak menghasilkan gol melalui sepakan percuma ketua pasukan mereka Fauzi Adnan. Jadi tidak hairanlah Fauzi merupakan penjaring terbanyak mereka dengan 4 gol. Namun faktor konsistensi juga perlu dititikberatkan.

Ini kerana MPKj tidak begitu konsisten sepanjang SCL2018. Mereka beraksi cemerlang di pusingkan kelayakan namun bergelut dalam 2 perlawanan pertama SCL2018. Mereka hanya Berjaya mencari semula rentak permainan pada hujung-hujung peringkat kumpulan.

Bagi pertembungan ini, sukar untuk MPKj untuk meraih kemenangan. NPNG mempunyai kelebihan di segenap posisi. Perlu diingatkan bahawa NPNG bermain di SCL2018 di atas tiket juara liga Selangor yang merupkan liga amatur tertinggi di Selangor. Walau bagaimanapun, MPKj mampu mengambil kesempatan melalui sepakan percuma Fauzi Adnan untuk meraih kemenangan.

 

Leave a Reply