Pada perlawanan di antara Duta ZXIV dan Gombak Hypernova FT yang bertarikh 6 Oktober 2018, pihak penganjuran Selangor Champions League 2018 telah mendapati pengadil utama dan pembantu pengadil kedua bagi perlawanan ini gagal mengesan kesalahan pemain Duta ZXIV.

Pada minit ke-72, pengadil perlawanan telah memberi kesalahan offside kepada pasukan Gombak Hypernova FT. Namun, pasukan Duta ZXIV tidak menghentikan bola untuk sepakan percuma, sebaliknya terus melangsungkan permainan.

Pihak penganjur telah meneliti insiden ini dan dukacita akui bahawa pihak penganjur turut kecewa dengan keputusan pengadil perlawanan yang ternyata salah. Kami ingin memohon maaf kepada semua pihak yang terlibat secara langsung mahupun tidak langsung terutamanya pasukan Gombak Hypernova FT dan Duta ZXIV.

Susulan kejadian ini, pihak Football Selangor telah mengambil beberapa tindakan seterusnya. Berikut merupakan tindakan seterusnya dari pihak penganjur:

a) Pemecatan dari SCL2018 bagi pengadil utama serta pembantu pengadil kedua yang mengendalikan perlawanan tersebut. Serta, kedua-dua pengadil ini juga akan digantung dari mengadili mana-mana kejohanan anjuran Football Selangor sekurang-kurangnya selama 2 tahun.

b) Mengkaji penggunaan Virtual Assistant Referee (VAR). Football Selangor bersama-sama Blublack Arena, DACS Ehsan TV dan Foveros Studio akan mengkaji penggunaan VAR untuk menambah baik keputusan pengadil sepanjang kejohanan. Beberapa aspek penting (minimum) yang perlu terlebih dahulu diperhalusi bagi penggunaan VAR di SCL2018:

I. Penggunaan VAR ini akan dikaji tahap keberkesanan di dalam SCL2018 dan mengkaji proses dan prosedur pelaksanaan VAR yang adil dan efektif

II. Keupayaan bantuan teknikal (video kamera) yang mencukupi dan mampu berfungsi baik serta konsisten sepanjang perlawanan/musim.

III. Kesediaan logistic yakni masa perlawanan yang tidak terkesan atau menyebabkan penambahan tempahan stadium (kos dan tenaga kerja)

IV. Kefahaman pasukan (pengurusan & pemain) tentang prosedur penggunaan VAR semasa perlawanan serta kekangan-kekangan yang ada di atas kemampuan pihak teknikal SCL melaksanakan undang-undang VAR.

Walau bagaimanapun, keputusan pengadil setelah tamat perlawanan adalah tamat dan tidak boleh diubah. Undang-undang ini selari dengan undang-undang FIFA Laws Of The Game.

Pihak penganjur memandang serius prestasi pengadil dan komited membuat pemantauan dari minggu ke minggu dalam memastikan kualiti pengadil berada di landasan yang terbaik. Football Selangor dan penganjuran SCL2018 tidak akan berhenti untuk mencari jalan bagi meningkatkan lagi kualiti pengadil di SCL2018.

Leave a Reply