8 bakal berentap mencari 4 terbaik

Selepas 3 minggu berhempas pulas di Padang Johan Setia Klang, 8 pasukan yang layak ke pusingan seterusnya telah pun di sahkan semalam.

 

Namun kesemua 8 pasukan ini masih  belum boleh menarik nafas lega kerana mereka kerana masih ada satu lagi perlawanan yang bakal menentukan nasib mereka sama ada layak ke saingan Selangor Champions League 2018 atau tidak.

MPKj The Lions

Kumpulan A menyaksikan pasukan MPKj The Lions dengan mudah mengutip 9 mata penuh untuk menjadi juara kumpulan. Mereka juga berjaya menjaringkan 16 gol dan hanya sekali sahaja mereka bolos. Ianya merupakan satu pencapaian yang menakjubkan.

Glorykops FC

Bagi kumpulan B pula, Glorykops menjadi juara kumpulan selepas pasukan ZXiV melepaskan slot pusingan kelayakan. Kesemua pasukan kumpulan B selain ZXIV diberikan kemenangan percuma 3-0. Ini kerana ZXiV sudah layak ke SCL2018 setelah menjadi juara KV Super League yang kebetulan berjalan serentak dengan pusingan kelayakan SCL2018.

Cheras Raptors FC

Kumpulan C menyaksikan Cheras Raptors FC menjadi juara. Pasukan ini berjaya menafikan saingan pesaing terdekat mereka iaitu Hidayah FC dengan kemenangan bergaya 4-1. Ampang United yang hanya bermain satu perlawanan menarik diri dan memberikan kemenangan kepada semua pasukan di dalam group C.

FC Jelong Muda

Aksi kumpulan D pula menyaksikan FC Jelong Muda terpaksa berhempas pula untuk kembali daripada ketinggalan 1-0 dengan kemenangan 2-1 ke atas Pineapple FC. Kemenangan ini sangat penting buat mereka kerana mereka terikat dengan 6 mata dengan pasukan Pineapple FC.

BU Eagles

BU eagles pula selesa menewaskan Gamsu FC 7-0 pada perlawanan terakhir peringkat kumpulan untuk mengesahkan kedudukan sebagai juara kumpulan dengan pungutan 9 mata penuh. Pesaing terdekat mereka, Waris Malaya hanya sekadar di tempat kedua dengan 6 pungutan mata.

Kelab Raja Uda (KRU FC)

Lawan bagi BU Eagles dari Kumpulan F adalah pasukan KRU FC yang cemerlang menewaskan Arslan FC dengan jaringan 3-0. Penyudah yang baik daripada penjaring KRU FC memberikan kelebihan yang besar kerana Arslan FC merupakan pesaing terdekat mereka dalam Kumpulan F.

Nadi TYD FC

Nadi TYD pula muncul juara Kumpulan G selepas menewaskan SAB FC 4-0 untuk memungut 9 mata penuh. SAB yang tewas itu masih mempunyai 1 lagi baki perlawanan namun ianya tidak cukup untuk mengejar Nadi TYD meskipun mereka mampu untuk meraih kemenangan. Sungai Buloh Rovers yang menampilkan rata-rata pemain di bawah umur 20-an  muncul naib juara dengan pungutan 4 mata.

Akademi Bola Sepak Merah Kuning (ABMK)

Kumpulan terakhir iaitu Kumpulan H menyaksikan ABMK sukar digugat oleh pasukan lain untuk menjadi juara kumpulan. Meskipun diberi tekanan pada awal permainan oleh Glory United, namun mereka tenang mengawal permainan dah akhirnya menamatkan perlawanan dengan jaringan 4-1 sekaligus menafikan saingan Glory United.

 

Itu dia 8 pasukan yang layak ke pusingan seterusnya selepas menjadi juara kumpulan masing-masing. Namun hanya 4 pasukan bakal layak ke SCL2018. Jadi pasukan mana bakal pulang dan pasukan mana bakal bermain di Staidum MPSJ pada September ini? Ayuh kita saksikan perlawanan yang penuh sengit di antara 8 pasukan ini di Padang Johan Setia pada Sabtu ini bermula jam 4.30 petang.

 

Leave a Reply