6 Kelab Komuniti terpilih dan siapakah mereka?

Seperti yang telah diwar-warkan sebelum ini, Football Selangor baru sahaja melancarkan program terbaru mereka iaitu Community Club Development Programme dia mana beberapa kelab komuniti telah dipilih untuk bekerjasama bersama Football Selangor untuk menjadi kelab yang lebih professional.

Club Atletico de Bukit Jelutong (CABJ), Gombak FC, KV United, Puchong Fuerza FC, Shah Alam Antlers dan juga Subang City FC adalah kelab yang telah pun tersenarai untuk sama-sama terlibat dalam program ini. Tetapi, siapakah pasukan ini? Bilakah mereka ditubuhkan? Jadi dalam artikel kali ini, kami berikan sedikit pengenalan ringkas mengenai setiap pasukan ini.

Club Atletico de Bukit Jelutong (CABJ)

Tertubuh pada tahun 2011, pasukan yang namanya mirip pasukan dari Argentina ini dihasilkan oleh beberapa anak muda dengan tujuan untuk menyatupadukan komuniti setempat melalui bola sepak.

Pernah menjadi juara Liga Munro (yang kini dikenali sebagai Setia Alam Football League) pada tahun 2012, kini CABJ merupakan salah satu pasukan yang digeruni di Shah Alam.

Diketuai oleh saudara Azrul Raimie Razi selaku presiden, kelab ini menjadikan Padang D’Bayu, Bukit Jelutong sebagai “home ground” mereka.

Antara aktiviti komuniti yang telah mereka jalankan adalah rumah terbuka aidilfitri CABJ, Bukit Jelutong Grassroots League, Gotong Royong bersama BJRA dan beberapa aktiviti yang lain.

Mempromosikan moto “This Is Where We Belong”, CABJ sentiasa akan berusaha untuk menerapkan “sense of beloging” diantara penduduk, pemain dan pihak pengurusan kepada Bukit Jelutong.

Gombak FC

 

Terkenal dengan jolokan Paja Paja Gombak, pasukan yang baru ditubuhkan pada tahun lalu ini meliputi pemain-pemain yang kebanyakkannya dari Gombak dan berumur antara 16 hingga ke 22 tahun.

Gombak FC mempamerkan aksi yang cemerlang dalam saingan Klang Valley League Divisi 1 musim lalu apabila berjaya berada di kelompok 3 terbaik daripada 16 pasukan.

Gombak FC kini mendapat sokongan daripada bekas Pengurus Selangor FA serta bekas Pengurus Safee Sali iaitu saudara Zakaria Rahim yang kini bertidak sebagai Ketua Pegawai Operasi Kelab.

Menjadikan “Heart of Selangor” sebagai moto mereka, pasukan yang diterajui oleh saudara Azlie Shah Saludin selaku presiden kelab ini sentiasa akan fokus untuk membantu menaikkan lagi kualiti bola sepak komuniti.

KV UNITED FC

 

KV United Football Club merupakan pasukan senior kepada FC Kuala Lumpur. Akronim KV itu merupakan singkatan bagi Klang Valley yang membawa maksud Lembah Klang. Ini adalah kerana KV United mempunyai 4 pusat latihan di sekitar Lembah Klang.

Dikendalikan oleh Shazwan Wong ataupun mesra disapa dengan panggilan Coach Shazwan,beliau pernah membawa pasukan Axis O2 FC dalam saingan Piala FA musim lalu.

KC United FC kini sedang bermain di liga M5 dibawah Subang Football League dan telah mencatat 4 kemenangan dan 1 seri. Mereka juga masih lagi kekal tidak bolos. KV United juga mensasarkan untuk layak ke Selangor Champions League yang bakal bermula September ini.

PUCHONG FUERZA FC

 

Ditubuhkan pada tahun 2013, Puchong Fuerza Football Club sentiasa komited untuk mengukuhkan budaya bola sepak di Malaysia. Pasukan yang berpengkalan di Puchong ini ingin memastikan potensi yang mampu dibawa oleh sukan bola sepak untuk mencapai matlamat mereka.

Puchong Fuerza juga antara pasukan yang sudah dikenali ramai kerana mereka mempunyai sejarah yang begitu cemerlang. Pernah menjadi juara Liga Komuniti Puchong, Juara Grand Final Coca Cola Premier Cup League Malaysia pada tahun 2014, ternyata pasukan ini antara pasukan yang perlu digeruni.

Dibimbing oleh saudara Azrul Izwan Abdul Rahim, pasukan yang terkenal dengan jolokan Alligator Roars ini baru sahaja melantik bekas pemain Selangor FA iaitu Nazrulezwan Makmor sebagai ketua jurulatih mereka.

SHAH ALAM ANTLERS

 

Pasukan komuniti yang dikenali ramai ini telah ditubuhkan pada 2 tahun yang lalu. Menjadikan Padang SUK, Seksyen 5 sebagai “home ground” mereka, pasukan yang diberi jolokan Antlers ini sentiasa mendapat sokongan padu penyokong mereka setiap hari perlawanan.

Visi mereka adalah untuk menjadi salah satu pasukan yang Berjaya dan mampu untuk bermain liga liga-liga besar di Malaysia. Mereka juga mempunyai “Official Merchandise Store” mereka sendiri.

Pasukan yang diketuai oleh Ahmad Suffian Mamat ini pernah menjadi juara Klang Valley Super League pada tahun 2017 tanpa kalah dan ianya merupakan satu pencapaianyang cemerlang.

SUBANG CITY FC

The Dark Royal. Itulah gelaran yang diberikan kepada pasukan daripada Subang ini iaitu Subang City FC. Ditubuhkan pada tahun 2006, sudah hampir 12 tahun pasukan ini telah terlibat dalam kancah bola sepak komuniti.

Subang City yang kini diketuai oleh Shahrul Naim Roslan ini mempunyai misi untuk melahitrkan lebih banyak pemain-pemai bola sepak yang berbakat di sekitar kawasan Subang.

Mereka juga merancang untuk menubuhkan akademi pembangunan mereka sendiri dan mewujudkan skuad pelapis bagi meneruskan kesinambungan dan kecemerlangan Subang City FC.

 

 

Leave a Reply