Axis-O2 Cipta Sejarah, Juara SCL 2017, Layak Ke Piala FA

Stadium Shah Alam menyaksikan Axis-O2 PJ FC dinobatkan sebagai juara Selangor Champions Laegue 2017 sekali gus pasukan bola sepak komuniti pertama yang akan bertanding di dalam saingan Piala FA 2018.

Stadium Shah Alam menyaksikan Axis-O2 PJ FC dinobatkan sebagai juara Selangor Champions Laegue 2017 sekali gus pasukan bola sepak komuniti pertama yang akan bertanding di dalam saingan Piala FA 2018.

Dalam aksi perlawanan akhir Selangor Champions League 2017, ramai pendapat dari orang ramai dan barisan pakar bola sepak komuniti, rata-rata berada di atas pagar, sama ada PIB FC atau Axis-O2 PJ FC yang akan dinobatkan sebagai juara. Kedua-dua berjaya mengharungi kumpulan B, kumpulan maut. Dan di peringkat kumpulan pula, PIB menewaskan Axis-O2 PJ FC 2-0. Walau bagaimanapun, kembalinya pemain seperti Desmond ke skuad Axis-O2, mengubah corak perlawanan mereka.

Dalam perlawanan akhir, PIB memilih untuk bermain dengan formasi 4-4-2. Seperi biasa, Asyraf berada di dalam gol, Batharul Zaman, pemain terbaik di peringkat separuh akhir, mengekalkan tempat beliau di bek tengah, berganding dengan FIkry manakala Ibnu Hisham di bek kiri dan Gurmesjit Singh di bek kanan. Jentera tengah mereka di Nur Hakim dan Khairul Anuar berganding bahu manakala Amirul Ashraff diletak di sayap kiri dan Amirul Sugito di sayap kanan. Barisan serangan mereka diketuai oleh Mamadou Berete an Muhd Huzaini.

Bagi Axis-O2 pula, Noor Azrin, penjaga gol paling cemerlang setakat ini, bermain seperti biasa. Shahizan dan Irfan Zamir bermain di bek tengah, dan diapit oleh Lucky Ogu di bahagian kanan dan Fakhrul Hafiz di bek kiri. Bermain dengan formasi 4-2-3-1, Norizman dan Adli berada di bahagian tengah midfield, di sayap kiri, Farhan Samsudin dan sayap kanan Syed Aizad Daniel. Zpenyerang utama Axis-O2 PJ pada mala mini merupakan Aidil Shahril. Kejutan pada barisan kesebelasan utama ini adalah pilihan pengurus Mohd Shaifulnizam untuk meninggalkan Muhd Farhan Khairul Anuar di bangku simpanan.

Perlawanan bermula dengan tempo yang sederhana. Kedua-dua pasukan bermain dengan lebih berhati-hati.Axis-O2 berjaya melakar peluang pertama dengan rembatan dari luar kotak tetapi tidak tepat. Tempo semakin meningkat selepas 15 minit pertama. PIB cuba mengawal bahagian tengah dan menghasilkan beberapa gerakan yang cantik.

Pada minit ke -26, PIB berjaya membolosi gawang Axis-O2 PJ FC dengan rembatanan lencongan yang sebelah kanan, melepasi gol Axis-O2 PJ, Mohd Noor Azrin. Gol dijaringkan oleh Khairul Anuar meletakkan kedudukan 1-0 kepada PIB FC.

Tersentak dari gol PIB, pasukan dari Petaling Jaya ini terus meninggikan tempo perlawanan dan cuba melancarkan serangan dari setiap bahagian. Sekali sekala, dapat melihat Desmond berlari menembusi pertahanan PIB dari bahagian tengah tetapi gagal membuat hantaran ke Aidil Shahril.

Pada minit ke-34, Axis-O2 PJ melakar peluang melalui Aidil, tetapi berjaya ditepis oleh Muhd Asyraf, penjaga gol PIB. Kedua-dua pasukan bermain dengan cemerlang, Axis-O2 PJ banyak memegang bola dan melancarkan serangan tetapi PIB berjaya mematahkan serangan-serangan tersebut.

Leave a Reply