Kesilapan penjaga gol Gombak Klasiko FC, Hadiah buat PIB FC

Perlawanan di antara PIB FC, dan Gombak Klasiko FC di dalam kumpulan B, berakhir dengan keputusan 1-0 memihak kepada PIB FC.

 

Klasiko FC hadir dengan keyakinan dan momentum yang tinggi setelah menewaskan TTDI Terrapins 4-0 pada perlawanan minggu lepas. Pengurus mereka, Khairul Anuar semestinya ingin meneruskan prestasi cemerlang ini menentang PIB FC.

 

PIB FC pula, dipimpin oleh saudara Ikhram, belum lagi berjaya mengutip sebarang mata setelah tewas.

 

Perlawanan bermula dengan tempo yang tinggi dari kedua-dua pasukan, khususnya PIB FC yang mengekalkan corak permainan high pressing mereka.

Daripada perlawanan ini, Nampak PIB FC sedang dahagakan kemenangan setelah 2 perlawanan tanpa mata.

 

Walaupun bermain dengan tempo yang laju, kedua-dua pasukan menghadapi kesukaran untuk create clear cut chances.

 

PIB FC cuba menggunakan kelebihan pemain nombor 11 mereka, Muhd Huzaini yang memiliki pace dan speed  apabila menyerang dari arah kanan. Kombinasi Muhd Huzaini dan Amirul Ashraff berjaya membuka ruang kepada PIB FC untuk menyerang Klasiko FC. Walau bagaimanapun, bahagian pertahanan Klasiko FC masih mampu menangani serangan-serangan daripada PIB FC.

 

Pemain paling menyerlah dari PIB FC merupakan Amirul Ashraff, penggerak bahagian tengah PIB FC. Amirul menyerlah ketika peringkat kelayakkan, namun tidak berjaya mempamerkan prestasi yang sama pada 2 perlawanan pertama mereka. Amirul lebih menyerlah pada mala mini apabila mengawal pergerakan tengah dan distribution bola buat pasukannya.

PIB FC bernasib baik apabila cubaan sepakan percuma mereka dari kanan padang tidak ditangkap dengan kemas oleh penjaga gol Klasiko FC, Wan Muhd Danial, apabila bola terlepas dari genggaman beliau dan bergolek masuk ke golnya sendiri.

 

Sekali lagi penjaga gol Klasiko FC mengecewakan pasukan mereka. Masalah yang masih belum dapat diselesaikan oleh pengurus Klasiko FC.

Leave a Reply